100 Tahun Pengakap (Jambori) Part 2
Jumaat, 30 Ogos 2013 - Permalink - 0 Comments
Assalamualaikum
Seperti yang dijanjikan,saya akan menyambung pengalaman 6 hari 5 malam berkhemah di Scout Nature Park.Hari kedua kami masih belum buat aktiviti.Lepas ja perjumpaan di pagi hari tu kami siap-siap untuk raptai perasmian camp tu.Hari tu perasmian hari tu juga la raptai dibuat.Kira jam 2 begitu la perasmian dibuat.
Jujurnya la,kulit kami sebenarnya tidak akan hitam kalau tak disebabkan dijemur di tengah padang semata-mata nak ulang berulang kali sesi raptai tu.Panas gilosss Ya Allah tak dapat bayangkan macam mana panas dekat akhirat (taubat siket) .Menggigit haish panas dia .Hampir pitam ok hampir lepas tu Eja ajak pergi tandas berdekatan situ dan berdiri dekat luar dia semata mau berlindung.Tak sanggup la kena panggang dekat tengah padang tu sob sob *kesat air mata* .Berlindung sekejap tetiba semua kontinjen dari semua negeri berterabur kita pun macam eh kenapa ni kenapa? rupanya masing-masing nak balik khemah.Panas giloss wehh siapa sanggup nak memanggang di tengah padang.So tanpa arahan tanpa di suruh pun semua berterabur hahahahah.Sampai kan pengacara majlis tu pun siap buat announcement siapa yang bagi arahan untuk balik khemah.Tapi tak ada siapa pun yang kesah dahsyat kan??Hahahaha tapi dia juga memahami.Gila agak berjam-jam juga kita orang dekat padang tu -,- Saper yang sanggup?? haha
Kira-kira jam 11 lebih gitu la semua buat hal masing-masing .Yang terlibat saja meneruskan raptai.Tepat jam 2 tu barulah semua nya berkumpul semula di padang dengan berpakaian lengkap (tak ada lah lengkap sangat) pengakap.
Sebelum menanti orang-orang terpenting tiba bagi majlis perasmian,haruslah ambil gambar kannn.Ni dengan Faizah a.k.a Eja.Kawan saya yang sangat penting dalam camp dari sekolah kami ok.Hahahah
Kalau kau tengok dari gambar ni,ni baru sebahagian peserta.ada lagi yang di belakang di tepi .Dan kalau kau tengok juga dari gambar ni,nampak la kau khemah-khemah dari kontinjen-kontinjen dari negeri lain dkat atas bukit tu hahh..Tu baru separuh.Belum kira yang ada dekat atas nak daki lagi dekat bawah lagi.Khemah ni semua sampai ke seberang jalan luar dari Scout Nature Park.Banyak ok sangat banyak.No wonder la kalau tak ter-handle.
Dah tak sanggup berpanas berdiri lagi ok.Dah lah haku pun masa tu memang dah tengah panas huh -,-! (eh??hahaha kFine)
Motif posing gitu??Haku tengah cover baju uniform pengakap abang haku punya yang besar giloss -,- .Ni dengan Jurina.Sangat comel dan ayu *wink*
Saya tak tahu apa yang berlaku dekat padang tu sebab lepas ja nyanyi lagu kebangsaan lagu pengakap disuruh duduk saya terus terlentang di bahu Eja.Hahahah.Sudah la panas Ya Allah.Allah ja yang tahu betapa tak tahannya dengan panasnya tu.Habis hitam legam -_- .Bila bangun ja ,ada la sepatah dua tiga sepuluh patah kata dari dato'-dato' lepas tu terus habis .Alhamdulillah.Lepas rehat dan makan saya dan Eja decided nak jalan-jalan round SNP tu.Sebenarnya ada banyak gambar tapi sebab Eja lupa nak send dekat pendrive semua gambar tu,so saya pun malas la nak tagih.Ambil ja mana yang ada pun cukup la kannn *wink*
Ni la muka yang telah berjam-jam dipanggang bawah matahari.
Abaikan selipar dan stokin murah itu.Haku malas nak pakai kasut (sampai last-last tu putus selipar haku -,-!)
Kalau kau tengok gambar ni,kau boleh nampak la khemah-khemah yang ni tak tau dari kontinjen mana.Tuh belum lagi.Kau nampak rumah apartment dekat belakang tu?Hahh kau kena limpas situ dan di situ kontinjen dari Sembulan ka hapa entah tapi memang dari Sabah juga ,hah khemah dia orang bertapak dekat-dekat situ.Luas ka idak?Ni baru perghh
Yang ni tak silap abang-abang kelana tak tau dari mana (semua pun haku tak tahu.Banyak sangat haku pun tak tergabir nak ingat okehh ) yang minta saya ambil gambar dia orang.Lewls.Dah sampai tertonggeng dahsyat sungguh posing maut abang tu.
Yang ni pulak bahagian Sandakan.Taraaaa.Ini banner kita orang.Apa nama dipanggil gajet ka hapa haku pun tak tahu hahahah,masa ni belum buat lagi.Sian.Lagi dua hari baru lah dia orang buat.
Dan hari ketiga pun bermula.Baru lah kami memulakan aktiviti lepas dah dapat buku aktiviti,skarf dan kad peserta.
Ini adalah jalan untuk ke aktiviti yang dipanggil Mountain Bike dan Jungle Trekking (tak silaplah kalau tak silap) .Kami ingat nak buat yang Mountain Bike tapi sebab punya lah lama nak tunggu giliran so kita orang pun change our plan.Sayang tak dapat nak post sekali gambar masa kita orang dekat atas tu sebab saya lupa nak ambil gambar dekat sorang kawan dari St .Mary tu,Maman,kawan masa sekolah rendah .Semua gambar masa hari tu dekat dia.Sedih sedih
So kita orang pun pergi tempat askar woottss wootss jumpa abang-abang pejuang negara gittew.Tengoklah,bahagia sungguh bak kata Maman ,dia orang semua ni.Hahahha
Wira wati negara gittew
Haku sungguh tak dapat tahan ketawa tengok gambar ni.Hah askar-askar Suluk ada berani nak lawan??Rare kut mana mok cari la ni hahhahahahh
Ustaz :Ye dek.Pegang nya macam ni kena kuat lepas tu picu dia tekan macam ni.
Budak lelaki :Ohh emm boleh tembak penceroboh suluk dah ni.Siap la!
Nonoi :Heh heh budak sana la.Aku nak pegang juga tembak penceroboh ni.
Ok ok.Itu dialog semata.Tak betul pun mehehehe
Bersiap-sedia bertempur di medan perang
Abang askar : Dah sudah bebudak ni berangan nak berperang .
Hari ketiga tu lepas kita orang melawat pameran askar,kami pun bergegas ke trak askar sebab nak buat aktiviti kebajikan (?) pula.Yesss pungut sampah di bandar Sandakan yukkkkk! Tapi sori gambar tak ada muahahaha.Lepas balik dari pungut sampah,kami rehat dan makan kejap.Lepas tu barulah teruskan aktiviti lain pula.Kami tak tahu nak buat apa .Siap gaduh (gaduh-gaduh sayang)sebab bebudak tu dua hati nak main lumpur ka tidak.Dan si Sharif ketua tidak rasmi kita orang pula nak buat last-last mereka pun setuju.Lahaiii adik-adik akak.Hahahah
Tu dia ,Eja bersama adik-adik dia.Sebenarnya gambar yang main lumpur ni banyak tapi semuanya dekat Maman.Saya yang gambar sebab saya tak main lumpur dan basah-basah ni.Hahahah.Tapi dekat stesen yang kena tutup lubang tong guna lumpur tu saya main tapi bila dah rasa ehh macam dah basah terus tanak continue.Haku duduk tengok dia orang ja.Habis juga kotor berlumpur tapi enjoy sangatttt
Ni sebelum kita orang start aktiviti lepas ja dapat skarf semua.Kurang satu (Sharif tak bangun lagi -_-') Bersama abang pilot dan ustaz yang sangat prihatin maseh ustaz dan abang pilot :D
Oke la.Hari keempat lima dan hari terakhir akan ku sambung pada hari lain,insya-Allah jika ada masa.Hehehe .Tunggu tau .Salam ~