100 Tahun Pengakap (Jambori) Part 1
Sabtu, 24 Ogos 2013 - Permalink - 0 Comments
Assalamualaikum
Kali ni saya nak kongsi pengalaman 'camping di hutan' .Oke la.Sejujurnya saya tidak pernah ikut camp yang di lakukan di hutan ok.Tak ada la hutan sangat.Tapi ni kira hutan la juga sebab kau kena masak sendiri.Kiranya pandai-pandai la kau nak hidup dekat sana.Mandi dia pun pepandai la nak cari tempat.Tandas memang ada di sediakan tapi duii setakat belas saja tandas tu apa la sangat nak menampung 7000 scouts dari beberapa negara (termasuk beberapa scouts dari luar negara).
First-first tu saya agak nebes la jugak (wakakakkakaka) sebab ya la first time camping dekat luar selama enam hari dari tanggal 12 Ogos sampailah 17 Ogos.Kiranya raya kelima gitu saya dah beraya dekat hutan laa.Lewlss.Ok.Saya selalu ikut camping sekolah,camping yang biasa-biasa jerwww *sad life*.Banyak yang bermain di minda (ewahh gitteww) .Macam mana la aku nak makan.Nak mandi.Agak-agaknya budak-budak sana tu friendly ka tidak fuhhh stress gua fikir tau dak hahahahhaha.Saya siap fikir,nak ka bawa baldi dengan gayung ni.Alaaa nanti kena curi macam mana.Jadi saya tak bawa.Lepas tu tanya kawan tanya abang saya, dia orang suruh bawa alahaii jadi saya pun bawa.Sebab saya taknak di nampak jakun ikut camp tu (hahahhaha ok fine ok) so saya decided tanak bawa banyak barang.Cukup-cukup yang lain berserah ja la hahaha.
So,bagaimana hari pertama?Jeng jeng jeng
Saya ,Eja dan Sharif pada masa tu datang lewat.Maklum lah,kakak-kakak dan abang dia orang ni kan rock .Disuruh datang jam 8 kami datang jam 12.Memang dahsyat.Sampai guru pengiring (which is Ustaz Rauf) asyik-asyik meng-complain hahahahhaha.Kami datang ja di Scout Nature Park tu,kami cari ustaz,ustaz tadak.So Eja suruh call bila saya call ustaz ni mengada pulak nak merajuk-rajuk wakakakakka kata dia busy suruh bebudak tah mana jawab panggilan tu.Lewls.Beberapa minit kemudian Sharif datang.Then kita pun jumpa ustaz tanya khemah dekat mana.Ustaz main cakap tunjuk jalan tak bawa pun kami pergi tempat khemah.Merajuk punya pasal sebab kami datang lewat ahahahah.
Cari punya cari (mendaki ok mendaki.Penat kuttt) .Dari Johor Bharu punya kontinjen kami lalu,dari Indonesia cari punya cari tak jumpa bahagian Sandakan.Aiguuu penat kutt punya tinggi bukit dia.Last-last Sharif suruh berehat di tepi pokok sementara dia cari kawan-kawan dia dari sekolah lain untuk cari kontijen dari Sandakan.Menunggu laa dua princess di tepi pokok.Dannnnn Sharif pun datang dengan kawan-kawan dia dari sekolah lain.Bukan satu tapi empat (kalau tak silap) fuhhh dalam hati alhamdulillah.Boleh la tolong angkat barang yang banyak ni hahahahhaha .
Taraaaaa inilah khemah kami untuk yang princess-princess lewls
Hari pertama dari jam 8 gitu sampaila petang sesi mendaftar.So memang banyak la masa kita orang nak rehat nak pasang khemah nak makan ka tidur pun boleh apa.Kita orang pun masak la untuk makan petang.
Tengok santai dan rilek tuan kita tidur gittew
Petang tuh saya Eja dan Sharif (sebab kita orang paling tua so kena la masak untuk adik-adik yang baru masuk ni) .Adik-adik tu cuma tolong mana yang patut ja.
Malam tu pula,adalah sesi berkenalan dengan kontinjen-kontinjen lain.Kita orang tak ada ambik gambar sangat sebab iPad Eja masa tu tak ada lagi.Esok malamnya baru ada.
Mowningg peoples lewls.Dan hari kedua pun bemula.
Tu dia dua abang (abang???) kita yang konon menjaga kami tak ada pun jaga.Tidur nyenyak ada laa ahahaha k gurau gurau :p
Tu dia muka-muka belum cuci muka dna berus gigi wakakakaka
Perjumpaan pada awal pagi bagi kontinjen dari Sandakan (termasuk Karamunting dan Sibuga kalau tak silap) sebelum melakukan aktiviti.
Begitulah kisahnya di hari pertama dan kedua.Agak sedikit boring sebab hari kedua kita orang punya kontinjen ada yang belum dapat skarf dan buku untuk memulakan aktiviti dan ada setengah kontinjen yang dah dapat dan boleh start dah aktiviti hari kedua tu.So kami tak buat apa-apa .Nantikan Part 2 untuk sambungan hari kedua dan ketiga.Nak gi siap untuk open house rumah kakak speupu hohoho see'yaa Salam